Wednesday, September 28, 2011

jom try kira

Pengiraan,.jom try,.
• Msukkn 3 no 1st hp anda tu (bknnya 012,016 @ 019) ke kalkulator.
• Darab dgn 80
• Tmbh 1
• Darab dgn 250
• Cmpurkn 4 nmbor last hp anda
• Skali lgi cmpurkn 4 nmbor trakhir td
• Tolak 250
• Bhgi dgn 2

Cuba tgk kalkulator,btul x yg trtera tu adakah nombor hp anda?
jom cuba

Saturday, September 24, 2011

Istikharah Si Soleh & Solehah

♥•♥•♥ Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.



♥•♥•♥ Dan aku jua memohon kepada-Mu,

Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…



♥•♥•♥ Ya Allah,

sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.



♥•♥•♥ Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,

Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..



♥•♥•♥ Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,

Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..



Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

http://diarihati.com/blog/2011/07/11/istikharah-si-soleh-solehah/

Wednesday, September 21, 2011

menolog soran2

kadang2 klw tgk org kapel,kita pun teringin nk juga..(tp fobia dek masa lalu).. tgk kawan2 kawin,kita pun nk kawin...(tp xde calon lg)... bila kita suke kat org tu,tp kita xberani nk luah( takut kne reject nt malu) hahahah.. ,just keep it..maybe he got already..(sound cm give up)huhuhu
sebut pasal cinta, mcm2 ade cinta monyet la,cinta sejati,cinta kanak2, cinta buta...haishh...! susah nk xplain..it's complicated for me. hati lelaki sukar nk difahami..(mmg susah..)
nak cr calon pun xtawla... nana rasa just nk luahkan ape yg terlintas di hati ini, kadang2 hati ni sunyi..(of cos still ada Allah n family) but in other part sukar nk jelaskan..hati ini pun kdg2 sukar nk paham (tuan punya hati pun keliru) .. for the 1st time on my 21st birthday,nana dapat soalan cepu emas,
"dah ada calon?",my mom. Ya Allah terkejut soalan tu.. nana just said,"ntahla", (mean still mencari)
then just on this month plak, my dad plak... Ya Allah..huhuhu.. my dad xde lah through the point,but he gave me the doa for jodoh.. terkejut,my dad xde la nk tya,tp nana faham la maksudnya..
for just now,nana nk fokus blaja dulu, cari kerja.. if ada(jodoh), adalah..

tiga kata

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru

Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut..



Tuesday, September 20, 2011

tentang lelaki

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
http://diarihati.com/blog/2011/08/16/37-fakta-menarik-mengenai-lelaki/ 

Friday, September 16, 2011

Terima kasih & I'm sorry

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYa dan belajar darinya… 

Kau tidak pernah memaksa diriku memberikan sebab dan alasan, walaupun hatimu meronta ingin mengetahui, kerana kau tidak mahu diriku terbeban dengan karenahmu. Saat diriku pinta kamu berlalu, kamu pergi tanpa menyalahkan diriku, kerana kau benar-benar mengerti apa itu cinta. maafkan diriku kerna ini terjadi.. kesesalan tiada gunanya,hanya keredhaan dari Allah yang kuharapkan.. semoga engkau jua begitu.
Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini menempuhi dugaan di dunia ini, permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat.
terima kasih untuk segalanya dan maafkan segala kesilapan lalu. pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.

haven't met you yet

 Dear sweetheart,
I just haven’t met you yet
I might have to wait, I’ll never give up
I guess it’s half timin and the other half’s luck
Wherever you are, whenever it’s right
You’ll come outta nowhere and into my life
 I just haven’t met you yet, dear..waiting for you..never give up..I know you're somewhere out there somewhere far away

 At night when the stars light up my room I sit by myself Talking to the Moon Trying to get to You In hopes you're on the other side Talking to me tooOr am I a fool who sits alone Talking to the moons

Tuesday, September 13, 2011

kata indah


●❤ Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah.. damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikirku tapi pada redhaMu.. aku RINDU padaMu..●❤

Monday, September 12, 2011

Adam Hawa

:: Tulang Rusuk Adam yg hilang, biarlah dia yg mencarinya sendiri..Hawa pula, tunggulah & bersabarlah.. tak perlulah kamu mencari Adam kerana kamu tetap Tulang Rusuknya yg hilang.. Dia akan dtg mencarimu & mengambilmu satu hari nanti.. Apa yg blh di usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yg dtg itu adlh Adam yg B'Agama, B'Amal dgn Agamanya dan punya Akhlak yg Baik..Dgn kata lain,dpt m'Bimbing kamu ke Jln yg Lurus..

Friday, September 02, 2011

6 Reasons Why Sweet To Be Single

1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

cita-cita...


 tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'


Okeylah, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!

Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa sahaja?

Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.

Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)
di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
~ Al- Hadid: 20
Justeru itu, janganlah terlalu berbangga
bila memperoleh apa yang diimpikan.
Jangan pula meraung sakan andainya
apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai.
Segala-galanya adalah
hak Pencipta seluruh alam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...