Thursday, September 13, 2012

♥ Andai Kau Jodohku ♥



Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan.

Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..
Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..
 
Jodohku adalah RAHSIA Dia ♥

Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku

Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

wanita

✿~ SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
✿~ SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
✿~ SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan..hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya..♥♥
 

Jagalah pandangan mata kita

Jagalah pandangan mata kita dari 3 jenis pandangan iaitu;

~~> Melihat kepada aurat iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu.

~~> Melihat dunia dengan padangan kebesaran.


~~> Melihat makhluk ALLAH SWT dengan pandangan kehinaan.

Orang kata, dari mata turun ke hati.
Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam Al-Quran,

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..."
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..."
(Surah An-Nur, ayat 30 & 31)

Tundukkan pandangan, {^_^} Itu perintah ALLAH SWT. Dan sebagai hamba kita sedia tahu, setiap larangan dan setiap arahan terkandung beribu hikmat disebaliknya.


ﷲ INSYA ALLAH ﷲ
ﷲ INSYA ALLAH ﷲ
ﷲ INSYA ALLAH ﷲ

:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::

❤ AKAN TERUSS*Muhasabah diri*PÉRBÄìKì DìRì* ❤

~ ALLAH SWT MELIHAT ~ MALAIKAT MENCATAT ~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...