Thursday, March 29, 2012

renungan

Sebelum Kamu Mengeluh …..
Hari ini sebelum kamu mengatakan
kata-kata yang tidak baik, fikirkan
tentang seseorang yang tidak dapat
berbicara sama sekali.
Sebelum kamu mengeluh tentang
rasa dari makananmu, fikirkan
tentang seseorang yang tidak punya
apa pun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tidak
punya apa-apa, fikirkan tentang
seseorang yang meminta-minta di
jalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa
kamu buruk, fikirkan tentang
seseorang yang berada pada tingkat
terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang
suami atau isteri anda, fikirkan
tentang seseorang yang memohon
kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh
tentang hidupmu, fikirkan tentang
seseorang yang meninggal terlalu
cepat.
Sebelum kamu mengeluh tentang
anak-anakmu, fikirkan tentang
seseorang yang sangat ingin
mempunyai anak tetapi dirinya
mandul.
Sebelum kamu mengeluh tentang
rumahmu yang kotor kerana
pembantumu tidak mengerjakan
tugasnya, fikirkan tentang orang-
orang yang tinggal di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang
jauhnya kamu telah memandu,
fikirkan tentang seseorang yang
menempuh jarak yang sama dengan
berjalan.
Dan disaat kamu lelah dan
mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran,
orang-orang cacat yang berharap
mereka mempunyai pekerjaan
seperti anda.
Sebelum kamu menunjukkan jari
dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang
pun yang tidak berdosa…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...