♥ Andai Kau Jodohku ♥
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan
menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi
itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak
untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah
tetapkan.
Aku takut
perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam
kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah
ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari
ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
Kerana hati ini
begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup
dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang
mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..
Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..
Jodohku adalah RAHSIA Dia ♥
Sekali-kali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA
aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku,
siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku
Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong
ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan,
sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh,
memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita
terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥
No comments:
Post a Comment